Sunday 30 September 2012

Hukum Hudud

Assalamualaikum.. Ramai yang mengetahui tentang hukum hudud tapi untuk menjelaskannya secara jelas tidak ramai yang tahu. Jadi, saya di sini ingin berkongsi tentang maklumat hukum-hukum hudud.. selamat membaca. (^_^)


Berikut adalah dalil-dalil tentang hudud yang diambil dari al-quran atau hadis:

HUKUM ZINA (BAGI PENZINA BUKAN MUHSHAN - yang belum berkahwin dan belum pernah merasai nikmat seks)

Surah An-Nur ayat 2: tentang hukuman zina bagi penzina bukan muhshan:

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (24:2)

===============================================

Berikut adalah dalil-dalil tentang hudud yang diambil dari al-quran atau hadis:

HUKUM ZINA (BAGI PENZINA MUHSHAN - yang sudah berkahwin dan sudah pernah merasai nikmat seks)

Dari Sulaiman bin Buwaidah, Maiz bin Malik pernah datang menemui baginda Rasulullah saw, maka dia berkata "Wahai utusan Allah, sucikanlah diriku!". Jawab baginda "Kasihan engkau. Pulanglah dan mohon ampun kepada Allah serta taubatlah padanya." Lalu pulanglah Maiz dan tidak lama selepas itu, dia datang kembali dan menyatakan perkara yang sama seperti tadi. Peristiwa ini berulang sehinggalah sampai kali keempat, baginda bertanya "Apakah yang aku boleh tolong untuk menyucikan dirimu?". Jawab Maiz "Sucikan diriku dari dosa zina!". Maka baginda bertanya kepada semua sahabat yang ada "Adakah Maiz ini ada penyakit gila?" Maka mereka menjawab bahawa Maiz tidak berpenyakit gila. Baginda bertanya lagi "Adakah Maiz ini peminum arak?". Maka bangun seorang dari kalangan sahabat lalu cuba menghidu-hidu bau pada Maiz dan tidaklah didapati bau arak padanya. Lalu baginda bertanya lagi, "Wahai Maiz, adakah engkau benar-benar telah melakukan zina?" Maka Maiz menjawab, "Ya!". Maka baginda memerintahkan agar Maiz dibawa untuk hukuman rejam.
(Hadis ini mutawwattir, Riwayat Sahih Bukhari, Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Ya'ala, Al-Bazzar, at-Tabroni. rujuk juga kitab Jamie' al-Usul (4/279), Nailul Awtar (7/95 & 109), Majma' az-Zawaid (6/266), Nasbur Rayah (3/314), Subulus Salam (4/6), at-Talkhis al-Habir (ms 350))

===============================================

Berikut adalah dalil-dalil tentang hudud yang diambil dari al-quran dan hadis:

RIDDAH (MURTAD)
MABUK (MINUM ARAK)
ZINA
QAZAF (TUDUHAN ZINA)
PENCURIAN
PEMBERONTAKAN (BAGHYUN)
ROMPAKAN (PENCURIAN BERKUMPULAN - MUHARABAH)

Surah Al-Maidah ayat 33: tentang hukuman Muharabah (rompakan)

Surah Al-Maidah ayat 38: tentang hukuman mencuri (potong tangan)

Surah Al-Maidah ayat 44: hukum pemimpin/ulama yang tidak laksanakan hudud

Surah Al-Maidah ayat 45: tentang hukuman qisas dan hukum tidak laksanakannya

Surah Al-Maidah ayat 47-49: hukum rakyat tidak melaksanakan hudud/menyokong pemimpin yang tidak laksanakan hudud

Surah Al-Maidah ayat 90: larangan meminum arak dan puja berhala (riddah)

Surah Al-Isra' ayat 32: larangan zina

Surah An-Nur ayat 2: tentang hukuman zina bagi penzina bukan muhshan

Surah An-Nur ayat 4: tentang hukuman Qazaf (menuduh zina)

Surah An-Nisa ayat 15: tentang hukuman zina bagi penzina muhshan

Surah Al-Hujurat ayat 9: tentang hukuman jenayah baghy (pemberontakan)

apa? minum arak dan murtad xde hukumnya dalam al-quran? takpe.. ade dalil dalam hadis. hadis kan perbuatan atau percakapan Rasulullah saw yang berdasarkan panduan Allah. bukan nabi suka2 cakap/buat.

Tentang riddah (murtad)

"Barangsiapa sahaja yang menukar agamanya (keluar dari Islam), maka hendaklah dia dibunuh."(Bukhari (2/280), Abu Daud (4351), At-Tirmizi (145), Nasaie (7/104), Ahmad (1/282)

Ibn Mas’ud meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidak halal darah seseorang muslim melainkan kerana salah satu dari tiga perkara: Kafir sesudah beriman (murtad), berzina sesudah ihshan (muhshan* yang berzina) dan membunuh jiwa seseorang.”
(Hadith Muttafaq ‘Alaih, Riwayat Bukhari, Muslim)

Tentang mabuk (minum arak)

1. As-Syafi’e berpendapat, bahawa sebatan itu adalah 40 kali sebatan.
Pendapat ini didasarkan kepada Hadith, Riwayat Muslim, bahawa ‘Ali r.a merotan Al-Wahid bin Uqbah sebanyak 40 kali rotan kemudian beliau berkata:

Rasulullah s.a.w. telah merotan 40 kali rotan, Abu Bakar merotan 40 kali rotan dan Umar 80 kali rotan, semuanya berdasarkan sunnah, dan saya lebih menyukai ini (40 kali rotan).

2. Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya, Malik, Al-Laith, keluarga Rasul dan satu pendapat lain dari Asy-Syafi’e menetapkan bahawa hukuman ke atas peminum arak ialah 80 rotan.

===============================================

Berikut adalah dalil-dalil tentang hudud yang diambil dari al-quran dan hadis:

HUKUMAN MENCURI:

Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (5:38)

hadis sahih:

Aisyah r.a. berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. memotong tangan pencuri yang mencuri ¼ dinar ke atas.”
(Hadith riwayat Jama’ah Ahli Hadith selain Ibn Majah)

“Umar r.a meriwayatkan: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. memotong tangan pada (pencurian) sebuah perisai yang berharga tiga dirham.”
(Hadith riwayat Jama’ah Ahli Hadith)

“Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu potong tangan pencuri, kecuali pada ¼ dinar ke atas.”
(Hadith riwayat Ahmad, Muslim, An-Nasai, dan Ibn Majah)

Dari Aisyah r.a., "Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walau sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, sesungguhnya akan aku potong tangannya itu."
(Hadis riwayat Ahmad, Ashab al-Kutub as-Sittah)

===============================================

Bukan senang nak potong tangan orang yang mencuri yer.. baca ni:

SYARAT-SYARAT PENCURIAN

Pencurian yang berakibat hukum barulah wujud apabila memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Pencuri:
-Mukallaf: dewasa dan berfikiran waras. Tidak ditetapkan pencuri mesti beragama Islam. Orang bukan Islam yang mencuri juga dikenakan hukuman potong tangan.
-Perbuatan mencuri dilakukan dengan sengaja. (kalau dipaksa, tak kena potong tangan)
-Pencuri tiada subhat (hubungan langsung) dengan barang-barang yang dicuri. Seperti bapa mencuri barang anaknya, atau ahli syarikat mencuri harta syarikat, atau anak curi harta ibunya, mereka tidak dikenakan hukuman had.

2. Barang-barang yang dicuri:
-Barang yang dicuri adalah halal dari segi hukum.
-Barang-barang yang dicuri berada dalam tempat simpanannya yang layak.
(kalau saya letak barang kemas di atas meja dapur, pencuri tak kena potong tangan sebab dikira simpan di tempat yg tak layak, saya lalai)

3. Barang-barang yang dicuri cukup nisabnya:
Menurut pendapat jumhur ulama’, nisab barang-barang yang dicuri ialah bernilai ¼ dinar emas atau tiga dirham perak (9.36 gram emas) atau senilai ¼ dinar. Pendapat inilah yang paling kuat dari segi dalilnya.

PENCURIAN YANG TIDAK DIKENAKAN HAD (potong tangan)

Pencurian yang dikenakan hukuman Ta’zir (bukan hudud):

Pencurian yang dilakukan oleh kanak-kanak atau orang gila
Pencurian yang tidak cukup nisab (1/4 dinar)
Pencurian atas barang-barang kepunyaan bersama
Pencurian atas barang-barang yang tidak sah dimiliki (barang haram)
Pencurian yang dipaksakan atau kerana terlalu lapar
Pencurian yang dilakukan oleh orang tua terhadap harta milik anaknya atau sebaliknya

===============================================

Berikut adalah dalil-dalil tentang hudud yang diambil dari al-quran dan hadis:

HUKUMAN MEROMPAK 

Definisi merompak: Muharabah atau Hirabah ialah sekumpulan bersenjata dalam sesebuah negara Islam yang menimbulkan kekacauan, menumpahkan darah, merompak harta benda, memperkosa kehormatan wanita, menculik, merosakkan tanaman, ternakan dan sebagainya. Perompak ini mungkin dilakukan oleh orang Islam dan mungkin dilakukan oleh orang kafir zimmi atau harbi.

HUKUMAN:

(Surah Al-Maidah, ayat 33)
Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar. (5:33)

===============================================

Berikut adalah dalil-dalil tentang hudud yang diambil dari al-quran dan hadis:

HUKUMAN QAZAF (tuduhan zina tanpa saksi yg cukup):

Definisi qazaf: Qazaf bermaksud tuduhan zina. Tuduhan selain zina tidak termasuk dalam Hudud, tetapi termasuk dalam Ta’zir. Tuduhan zina sangat besar dosanya. Qazaf hendaklah dengan perkataan yang terang dan jelas iaitu dengan menggunakan perkataan zina atau menafikan anak yang dilahirkan isterinya atau yang sedang dikandung isterinya, atau menggunakan perkataan yang serupa dengan zina dalam bahasa lain.

Menurut beberapa pendapat ulama’, tuduhan mestilah secara terbuka, tuduhan secara tertutup tidak termasuk dalam qazaf. Namun dalam Al-Quran dan As-Sunnah menyebut tentang qazaf secara umum, jadi qazaf secara terbuka, tertutup, bertulis dan sebagainya dikira sebagai qazaf menurut pandangan sebilangan besar Jumhur ulama’

HUKUMAN:

(surah An-Nur, ayat 4)
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; - (24:4)

Dari Ibnu Abbas, "Hendaklah engkau bawakan empat orang saksi dalam menuduh zina terhadap seseorang, atau hukuman sebat ke atas belakangmu"
(Hadis riwayat Bukhari)

===============================================

KES ZINA. ingat senang ke nak sabitkan orang dengan hudud? 

Persaksian oleh empat orang saksi

Kesalahan zina menjadi sabit apabila ia disaksikan oleh persaksian yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:

Persaksian dibuat oleh empat orang saksi. Jika persaksian kurang daripada empat orang, ia tidak diterima bahkan mereka dikenakan hukuman lapan puluh kali rotan kerana menuduh tanpa saksi yang cukup.
Semua saksi hendaklah lelaki (dalam hudud, persaksian wanita tak diterima)
Semua saksi hendaklah beragama Islam
Semua saksi terdiri daripada orang dewasa (baligh)
Semua saksi berfikiran waras
Tuduhan dengan menggunakan perkataan yang terus-terang, bukan perkataan sindiran.
Melihat kesalahan zina itu dengan terus-terang, SECARA JELAS MELIHAT KEMALUAN LELAKI MASUK KE DALAM KEMALUAN PEREMPUAN..!! (masyaAllah, ingat senang ke nak sabitkan zina? dok sebok cakap kejam kejam kejam apsal?)
Persaksian keempat-empat hendaklah dibuat dalam satu majlis, bukan di tempat yang berlainan dan masa yang berlainan.

====

KES ZINA (pembuktian berdasarkan pengakuan - iqrar)

TAKRIFAN IKRAR

Secara literal, ia bermaksud menstabilkan atau menyesuaikan sesuatu yang berubah-ubah antara pengakuan dan menafian. Menurut mazhab Syafi’e, Al-Iqrar ditakrifkan sebagai pengakuan dan penghindaran penafian. Ia ditakrifkan sebagai testimoni berhubung dengan hak atau tuntutan terhadap orang yang memberi keterangan. Pengakuan adalah jenis keterangan yang terbaik dan hakimlah yang perlu meneliti dan mengkaji untuk mengesahkan bahawa keterangan palsu tidak wujud.

AL-MUQIRR (ORANG YANG BERIKRAR)

Berkelayakan mengikut hukum syara’, iaitu matang dan dewasa, waras, dan berhati-hati (rasyid).

Membuat pengakuan secara sukarela tanpa paksaan.

Bukan dalam keadaan seperti berikut:

Orang yang sedang dalam tidur (mengigau).

Orang yang dalam pengsan.

Orang yang berjenaka.

Orang yang mabuk.

SYARAT IKRAR DALAM KES ZINA

Mazhab Syafi’e, Maliki dan kumpulan Zahiriah berpendapat sekali pengakuan sahaja sudah memadai untuk menyabitkan kesalahan. Mereka memberikan hujah:

Keputusan Rasulullah s.a.w. dalam kes Aseef di mana baginda tidak menentukan sebarang jumlah, dan mengarahkan Anis pergi bertanya kepada perempuan tersebut dan jika perempuan itu mengaku, rejam kedua-dua pesalah dengan batu.
Ghamidiah tidak membuat lebih daripada satu pengakuan salah di hadapan Rasulullah s.a.w.
Tindakan Rasulullah melambat-lambatkan untuk menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Maiz selepas tiga kali pengakuan yang pertama ialah kerana baginda meragui kewarasannya.
Sesuatu ikrar adalah secebis maklumat yang lebih dianggap benar daripada palsu. Oleh itu, ia boleh dibuktikan hanya dengan sekali pengakuan sahaja.

Majoriti ahli fikah berpendapat bahawa muqirr mesti memberi keterangan terperinci tentang kesalahan yang dilakukan seperti masa, tempat dan cara melakukannya.

hadis: Dari Sulaiman bin Buwaidah, Maiz bin Malik pernah datang menemui baginda Rasulullah saw, maka dia berkata "Wahai utusan Allah, sucikanlah diriku!". Jawab baginda "Kasihan engkau. Pulanglah dan mohon ampun kepada Allah serta taubatlah padanya." Lalu pulanglah Maiz dan tidak lama selepas itu, dia datang kembali dan menyatakan perkara yang sama seperti tadi. Peristiwa ini berulang sehinggalah sampai kali keempat, baginda bertanya "Apakah yang aku boleh tolong untuk menyucikan dirimu?". Jawab Maiz "Sucikan diriku dari dosa zina!". Maka baginda bertanya kepada semua sahabat yang ada "Adakah Maiz ini ada penyakit gila?" Maka mereka menjawab bahawa Maiz tidak berpenyakit gila. Baginda bertanya lagi "Adakah Maiz ini peminum arak?". Maka bangun seorang dari kalangan sahabat lalu cuba menghidu-hidu bau pada Maiz dan tidaklah didapati bau arak padanya. Lalu baginda bertanya lagi, "Wahai Maiz, adakah engkau benar-benar telah melakukan zina?" Maka Maiz menjawab, "Ya!". Maka baginda memerintahkan agar Maiz dibawa untuk hukuman rejam.

(Hadis ini mutawwattir, Riwayat Sahih Bukhari, Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Ya'ala, Al-Bazzar, at-Tabroni. rujuk juga kitab Jamie' al-Usul (4/279), Nailul Awtar (7/95 & 109), Majma' az-Zawaid (6/266), Nasbur Rayah (3/314), Subulus Salam (4/6), at-Talkhis al-Habir (ms 350))

===============================================

INGAT SENANG KE NAK SABITKAN ORANG DENGAN KESALAHAN ZINA?

4 orang saksi. kalau salah seorang dari saksi atau semua saksi tidak nampak KEMALUAN LELAKI masuk dalam KEMALUAN PEREMPUAN, tidak boleh dihudud.

jadi, kes-kes tangkap basah yang hanya ketuk pintu dan pasangan ditangkap kerana berdua-duaan, TIDAK BOLEH dikenakan hudud.

dan kemungkinan ianya termasuk dalam tajassus yg dilarang Allah (mengintip atau mencari-cari kesalahan orang lain):

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.