Saturday 24 November 2012

Perjuangan Bumi Palestin


Dunia Palestin adalah bumi yang suci kerana di situlah terletaknya Masjidil Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam pada zaman Rasululluh SAW. Namun kesucian tanah suci itu telah dicabul oleh musuh umat Islam sendiri iaitu Israel.
Kekejaman Israel dan sekutunya ke atas bumi Palestin telah pun dirakamkan oleh Allah SWT di dalam kalamNya yang benar lagi membenarkan. Label pengganas yang dilemparkan oleh kaum Israel kepada umat Islam telah menjadi lesen kepada Israel dan sekutunya untuk menghalalkan darah kaum Muslim terutamanya di bumi Palestin.
Kelalaian umat Islam hari ini adalah kerana mereka terlalu mengharapkan kaum kafir berbanding mengharapkan kepada tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta seisinya. Apa yang mereka buat hanyalah berkempen, bersuara tanpa tindakan, menghantar wakil masing-masing untuk berjumpa dengan pemimpin Israel dan sekutunya sedangkan dalam masa yang sama saudara kita semakin menderita. Mengapa kita harus melakukan sesuatu yang tidak memberi sebarang faedah kepada saudara kita di palestin? Mengapa kita umat Islam menghantar wakil untuk bermesyuarat dengan sekutu Israel yang terang-terang kita sedari bahawa mereka semua itu tidak lain hanyalah pendusta yang jelas lagi nyata?
Natijahnya apa yang umat Islam lakukan sekarang hanyalah membuang masa, membuang air liur dan menjadi seperti panggung wayang kepada Israel serta sekutunya di dunia untuk bergelak ketawa dengan gelagat umat Islam yang pengecut. Tahukah mengapa kuasa haram Israel masih tidak mampu dicabut dari bumi Palestin walaupun sudah lama masa yang diberi pada umat Islam? Jawapannya adalah kita sendiri bergantung pada sekutu Israel untuk menghentikan kekejaman di bumi Palestin sedangkan terang-terang kita sedari bahawa pihak yang umat Islam minta untuk hentikan kekejaman Israel itulah yang memberikan bantuan kewangan kepada Israel untuk terus menyerang Palestin.
Cubalah kita bayangkan sekiranya kita di tempat mereka dan mereka lakukan perkara yang sama dengan umat Islam sekarang untuk selamatkan bumi Palestin. Seorang bapa keluar dari rumah dengan membawa senjata di tangan sambil menangis melihat keluarga tersayang kerana tahu bahawa itulah kali terakhir dia melihat air muka isteri serta anaknya tersayang kerana sebentar lagi dia akan syahid menentang musuh Allah.
Si anak segera menarik tangan si ayah sambil menangis dan berkata, "Ayah, jangan tinggalkan saya dan mak. Siapa yang akan menjaga kami selepas ketiadaan ayah?"
 Si ayah menangis lalu memeluk anaknya sambil berkata, "Kamu jagalah ibumu selepas ketiadaan ayah".
"Ayah, mengapa saudara kita langung tidak pedulikan kita? Mengapa mereka tidak selamatkan kita dan mengapa mereka sendiri berharap kepada musuh Allah untuk selamatkan kita?" Kata si anak sambil menangis.
Dapatkah kita bayangkan sekiranya kita berada di tempat mereka? Sedarilah bahawa apa yang umat Islam lakukan sekarang bukanlah apa yang diharapkan oleh semua pejuang dan bangsa di Palestin untuk selamatkan mereka tapi apa yang mereka harapkan daripada kita adalah kita turut berjuang bersama mereka menentang musuh Allah S.W.T.
Apa yang terjadi pada umat Islam di dunia dan juga keadaan di bumi Palestin sekarang mahupun di masa depan segalanya sudah diketahui melalui utusan Allah S.W.T, Nabi Muhammad S.A.W melalui sabdanya dan juga kalam Allah yakni al-Quran.
Buktinya Rasulullah S.A.W. bersabda;
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi S.A.W. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah S.W.T. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah S.W.T. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahn'".Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahn itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad S.A.W. menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Itulah hakikat umat Islam sekarang di mana mereka lebih cintakan dunia daripada mati berjuang menentang musuh Allah di Palestin. Sebilangan besar umat Islam menganggap bahawa masalah di palestin adalah masalah negara Arab sahaja dan langsung tidak mengambil tahu. Mereka rela membiarkan kehormatan agama Islam dicabul membuta tuli. Tidak tahukah kalian, seorang khalifah yang bernama Mu'tasim Billah telah mengambil selama beberapa jam untuk menggerakkan bala tentera untuk menyerang kota Rom setelah seorang mukminah dipersenda oleh lelaki kafir?
Inilah hakikat yang perlu disedari umat Islam seluruhnya. Jika seorang khalifah boleh menyerang kota Rom yang terkenal dengan kekuatan ketenteraan yang hebat hanya kerana seorang mukminah dipersenda lelaki kafir, mengapa tidak kita umat Islam seluruhnya bersatu memusnahkan Israel dan semua sekutunya kerana apa yang mereka lakukan ke atas bumi suci Palestin dan agama Islam sudah keterlaluan. Mereka bukan sahaja membuat saudara kita di palestin menderita malah berniat untuk memusnahkan Masjidil Aqsa. Apa yang patut umat Islam lakukan sekarang adalah berkorban nyawa mempertahankan saudara kita dan mempertahankan masjid ketiga termulia di bumi ini. Ingatlah balasan syurga yang Allah janjikan untuk orang yang mati syahid dan orang yang berjuang untuk agamanya.
Ramai umat Islam di dunia tidak sedar akan kekuatan sebenar umat Islam jika bersatu menentang musuh Allah, akan tetapi perkara ini telah disedari oleh pemimpin Israel dan sekutunya dan apa yang perlu mereka lakukan adalah menghancurkan perpaduan umat Islam. Buktinya, lihatlah ke gaza dan Palestin sekarang, mereka dipisahkan dengan sempadan di tebing barat. Bukan itu sahaja, pemimpin umat Islam sendiri memisahkan persaudaraan dengan Palestin dengan mengharamkan orang Islam ke palestin. Mengapa hal ini boleh terjadi? Tidakkah mereka tahu bahawa mereka akan ditanya di hadapan Allah kelak tentang apa yang yang dipimpinnya? Sedarlah wahai pemimpin umat, tidak perlu dihantar bantuan ketenteraan, tidak perlu dihantar bantuan makanan, tetapi datanglah bersama dengan rakyat kamu sekalian ke palestin untuk berjuang bersama mereka menentang musuh Allah kerana itulah yang diharapkan oleh pejuang dan rakyat Palestin.
Wahai umat Islam sekalian, tidak akan berlakunya kiamat selagi kaum Israel dan sekutunya tidak diperangi dan ditewaskan oleh orang Islam itu sendiri. Ini bermakna hanya umat Islam sahaja yang boleh menghentikan kekejaman Israel ke atas bumi Palestin dan bukannya umat Islam secara terus tanpa henti mengharapkan sekutu Israel sendiri yang menghentikan kekejaman Israel.
Wahai umat Islam sekalian, bangunlah dari tidur. Marilah kita berjuang bersama saudara kita di Palestin. Ingatlah balasan Syurga yang Allah janjikan untuk mereka yang syahid. Sesungguhnya bumi suci palestin itu harus diselamatkan dari genggaman Israel dan sekutunya mahupun pihak berhaluan sekular (Fatah). Tiada hak bagi kaum Israel terhadap bumi suci itu walaupun sejengkal.
Wahai pemerintah yang mempunyai kuasa, bumi palestin dan seluruh umat Islam yang menderita sekarang mengharapkan pembelaan dari seorang Khalifah untuk memimpin seluruh umat Islam memerangi kaum Israel kerana Khalifah tersebut adalah junnah ( Perisai ) kepada umat. Berilah kebebasan dan keamanan kepada yang memerlukan.  Hulurkan la tangan pada rakyat yang terseksa khususnya umat Islam di sana.


Sumber : http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kepimpinan/5052-perjuangan-bumi-palestin.html

Siapa harus kita sokong sebenarnye?

Firman Allah (s.w.t) di dalam al-Quran, surah at-Taubah ayat 128 yang bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat (penting) kepadanya sebar
ang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
…………………
Sesungguhnya, kita umat Nabi Muhammad (s.a.w.; semestinya mengikuti sifat-sfat Nabi itu dengan) menjadi sangat berat (penting) kepada kita sebarang kesusahan yang ditanggung oleh saudara seagama kita di Palastin, Syiria, Burma dan di mana sahaja; kita juga mewarisi sifat yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi saudara segama kita di Palastin, Syiria, Burma dan dimana sahaja; dan kita pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayang kita kepada orang-orang yang beriman.
………………………
Namun apa yang berlaku adalah sesungguhnya, kita orang Melayu, merasakan sangat berat (penting) kepada kita juadah-juadah dari McDonald’s; kita juga sangat tamak (inginkan) juadah percuma dari McDonald’s; dan kita pula `sangat’ menumpahkan perasaan belas serta kasih sayang kita kepada saudara-saudara kita yang beriman di Palastin, Syiria, Burma dan di mana sahaja mereka dizalimi.
............................


dh terbukti mcd mnymbg kpd yahudi utk mmbeli snjate mnyrg sedare kite tp ade plok mnusie yg pertikaikn aku bersunguh2 promot boikot mcd sebab alsnye boikot ni xmemberi kesanpun keats yahudi.

tahu x die mse nabi ibrahim kne bakar, ade sekor burung tuang air dgn paruhnye utk memadmkn api 2 hngge dtegur oleh bntg yg lain, yg mngatekn xde gne haiwan sekcl kmu berulang alik mmdamkan api itu krn api 2 xkn trpdm dgn air yg engkau jirus.burung jwb Allah xkn tnye aku berjaye or x pdmkn api 2, TP ALLAH TNYE AKU AP YG AKU BT UNTUK MEMADAMKANYE.berbeza dgn cicak mnghembus api trsbt supaye lbh marak walhal tindaknye xberi kesnpn pd api trsebt.

KALU XBLH JD SEPERTI BURUNG JGNLAH JD SPERTI CICAK.

Wallahu a’lam….






Doa pada orang yang zalim

Berdoa kehancuran kpd org2 yg zalim adelh dibolehkan
Dalam riwayat al-Imam Muslim seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya serta mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam. Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: “Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal

Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Qunut Nazilah


Keterangan mengenai Qunut Nazillah

QUNUT NAZILAH

Keterangan Pertama :


Soalan;

saya nak bertanya.seperti yang kita sedia maklum wabak H1N1 ni dah semakin teruk.sebagai umat Islam di malaysia apakah qunut nazilah sesuai atau solat hajat dilakukan? kerana qunut nazilah seperti yang saya tahu iailah kita memohon untuk kesejahteraan serta kemenangan keatas kaum muslimin yg di timpa bencana oleh org kafir dari segi peperangan,penindasan dn sbgnya.kerana sejarah qunut nazilah itu berlaku kerana mohon kemenangan keatas kaum muslimin atas org kafir.jadi saya mohon jawapan dan pendapat bagi soalan saya.


Jawapan;

Nazilah bermaksud peristiwa atau kejadian yang menyedihkan, mengecewakan atau berupa musibah yang menimpa manusia. Qunut Nazilah disunatkan jika berlaku bencana atau kesengsaraan yang menimpa kaum muslimin. Ia tidak khusus kepada peperangan sahaja, tetapi merangkumi juga kemarau, penularan penyakit, kebuluran atau kemudaratan-kemudaratan lain yang menimpa kaum muslimin. Terdapat hadis dari Anas bin Malik r.a. yang menceritakan;

أن النبي صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم كان لا يقنت إلا إذا دعا لقوم أو دعا على قوم
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. tidak membaca qunut melainkan untuk mendoakan (keselamatan) kepada suatu kaum atau untuk mendoakan (kehancuran) ke atas suatu kaum” (Riwayat Ibnu Khuzaimah. Bulughul-Maram, Kitab as-Solah, bab Sifatu as-Solah)

Qunut baginda untuk keselamatan suatu kaum ialah sebagaimana qunut baginda untuk mendoakan (keselamatan) kaum muslimin yang lemah (mustadhafin) di Mekah. Qunut baginda untuk kehancuran ke atas suatu kaum pula ialah seperti qunut baginda mendoakan balasan Allah ke atas puak Ra’lin dan Zakwan yang membunuh 70 sahahat dari kalagan para qurra’ (huffaz al-Quran) dalam peristiwa yang berlaku di Bi’ru Ma’unah.

2. Qunut nazilah sunat dibaca dalam semua solat fardhu. Masa qunut ialah selepas bangun ruku’ (yakni semasa i’tidal) ketika rakaat paling akhir. Semasa membaca qunut sunat menguatkan suara bagi solat fardhu malam (iaitu maghrib, isyak dan subuh) dan dibaca perlahan bagi solat siang (zohor dan asar). Bagi yang solat berimam, disunatkan mengaminkan sahaja bacaan doa imamnya jika dapat mendengarnya. Jika tidak, hendaklah ia membacanya sendirian sebagaimana juga dalam solat siang (yakni zohor dan asar). Qunut nazilah terhasil dengan sebarang bentuk doa yang berkaitan dengan peristiwa yang berlaku (yakni ia tidak tertentu kepada satu doa khusus sahaja). Semasa membaca qunut sunat mengangkat tangan, kemudian menurunkannya sebaik selesai membaca qunut tanpa disunatkan menyapu tangan ke muka atau ke dada (malah dimakruhkan).

Wallahu a’lam.


Keterangan kedua :

Qunut Nazilah: Cara Nabi, Salafussoleh dan para ulama


Umat Islam di minta berdoa walau dimana berada dan bila2 masa untuk keselamatan diri dan kaum muslimin. Namun, selain berdoa secara biasa, Nabi mengajar kita dengan sesuatu yang lebih tajam dari itu, iaitu berdoa dalam qunut pada setiap solat yang lima, yang dipanggil qunut nazilah. Sesungguhnya, doa adalah senjata bagi orang Mukmin. Mari kita menggunakan senjata yang paling tajam dan jitu.



Apakah maksud nazilah?
Ia bermaksud sesuatu perkara yang berat dan dahsyat yang menimpa sesuatu kaum seperti ketakutan, serangan musuh dan sebagainya. Doa ini dibaca setelah bangun dari rukuk bagi rakaat terakhir pada setiap kali solat fardhu sehingga nazilah itu diangkat oleh Allah. Ini bermakna, setelah nazilah itu tiada lagi, maka amalan qunut ini perlu dihentikan.

Terdapat banyak rekod bahawa Nabi melakukan qunut Nazilah dalam beberapa tempat dan keadaan. Antaranya sebagaimana berikut:

Daripada Anas:
أن النبي – صلى الله عليه وسلم – قنت شهراً حين قُتِل القُرّاء، فما رأيته حزن حزناً قط أشدّ منه


Maksud: Sesungguhnya Nabi s.a.w. berqunut selama sebulan semenjak para penghafaz al-Quran telah terbunuh, maka tidak pernah aku melihat baginda begitu sedih dengan kesedihan sekuat itu. (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil. 5, hlm. 180, No. hadith: 1300.)


Daripada Ibn Umar:

أنه سمع النبي – صلى الله عليه وسلم – إذا رفع رأسه من الركوع في الركعة الأخيرة من الفجر يقول: (اللهم العن فلاناً وفلاناً وفلاناً بعدما يقول: سمع الله لمن حمده، ربنا ولك الحمد


Maksud: Sesungguhnya dia mendengar Nabi s.a.w. ketika mengangkat kepalanya daripada rukuk pada rakaat yang terakhir bagi solat Subuh, baginda berdoa: “Ya Allah, Engkau laknatlah si fulan, si fulan, si fulan selepas baginda menyatakan : سمع الله لمن حمده، ربنا ولك الحمد. (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil. 13, hlm. 442, No. Hadith: 4069)



Dan banyak lagi riwayat yang datang dari amalan Nabi, para sahabat dan tabi’in sebagai bukti bahawa ia adalah perkara yang disyariatkan ketika umat Islam dalam keadaan yang sangat menekan dan menderita kesusahan.


Doa qunut nazilah tidak ditetapkan teksnya, dan bebas kepada individu untuk membacanya apa sahaja permohonan demi menyelamatkan umat Islam yang tertindas dan tertekan dengan ujian yang berat. Apa yang jelas, qunut nazilah mengandungi permohonan yang mendalam agar diberi kesalamatan ke atas kaum Muslimin dan permintaan agar dihancurkan dan dimusnahkan musuh-musuh Islam. Ibn Taimiyyah mengatakan bahawa; “Maka adalah sunnah untuk berdoa qunut ketika nazilah menimpa dan didoakan padanya apa yang berkaitan kaum yang memerangi.” Beliau juga mengatakan bahawa, “dan diharuskan untuk orang yang berdoa pada setiap qunut nazilah dengan doa yang berkaitan dengan nazilah tersebut.”

Sumber keterangan pertama http://ilmudanulamak.blogspot.com/2009/08/qunut-nazilah.html

Sumber keterangan kedua : http://eizzack.blogspot.com/2010/06/qunut-nazilah-for-palestine-ghaza.html

Sumber keseluruhan penyusunan : http://diva-queenlife.blogspot.com/2012/11/qunut-nazilah.html

Penerangan mengenai hukum

Islam 2 syumul..yakni mnyeluruh..sebab 2 islam terbahagi pada 4..1.ibadat (kite buka al quran kalau nak beribadat contohnya solat dan haji) 2.muamalat (pinjaman dan ekonomi) 3. munakahat (kite buka al quran utk nikah kwin n cerai) 4. jinayat(perudgn n pntdbiran) .jike Allah bfman srh kit bunuh ank kite wajib bunuh wlaupn ank kite xslh..dalil nabi ibrahim n nabi ismail...

Seseorang yang berkata, tak maju ikut islam, kolot ikut Rasulullah, laksana hudud jadi zalim. Bila kata macam ni jadi kafir. Ni kalimah2 kafir nih. Siapa yang fatwa?? Mufti2 tanah melayu yang fatwa, bukan kita kata. Sebut di depan sekali dalam kitab mukaddimah mustika hadis. Disahkan oleh jabatan perdana menteri. Orang yang kata macam tu jadi kafir, bukan kita kata, jabatan perdana menteri yang mengesahkannya.


hudud nipn bukan sy yg suruh..Allah yg suruh...ble yg maha besar suruh sy tkt nk mmpertikaiknye...

ini jelas dinyatakan dalm Al quran

a)“ "Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, ayat 229).


b) “Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-Kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka itu dengan apa yang telah diturunkan Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikuti kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari kebenaran yang telah datang kepadamu. Bagi tiap-tiap umat yang ada diantara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti), dan jika Allah mengkehendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu.” (al-Maidah, 5:48)


c)“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan Allah dan janganlah engkau menurut hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari suatu hukum yang telah diturunkan Allah kepadamu.” (al-Maidah, 5;49)


d)“Kesudahannya Kami jadikan engkau (Wahai Muhammad) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama, maka turutlah syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang yang tidak mengetahui.” (al-Jathiah, 45:18)


e)“Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu tetapi setelah mereka berselisihan, Allah mengutuskan Nabi-Nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang engkar dengan balasan azab neraka), dan Allah menurunkan bersama-sama Nabi-Nabi itu kitab-kitab suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perlisihkan (al-Baqarah, 2:213)


e)“Sesungguhnya kami menurunkan kepadamu wahai Muhammad kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.” (an-Nisa’, 4:105)


**jike kite bekerje kite ikat kontrak,elngkp dinyatekn ap perlu kite bt,ap yg xboleh kite bt...kite sbgai hmbe Allahpn kite dh ikat kntrak n wajib ikt arahan Allah...arahan bos kerje kite ikt sbb tkut buang krje,tp Allah suruh kite laksane hudu xbrani bt..knape???xtkt ke Allah buang krje???

jike kite brtndg rumh org,org akn bg peraturan,nk msuk rmh kne bkak kst,ad bilik blh msuk ad tempt xboleh msuk...tp klu kite dtg rmh org kite xikt praturan 2 cmane???masuk rmh pkai ng kast,dlm bilikpn kite main msuk je agk2 tuan rumah mrh x???
kite mnumpang kt bumi Allah tp kite xbt ap yg Allah suruh,agk2 Allah mrh x???

kite ni seorang arkitek yg diktiraf dunie,kite bt 1 pelan yg diktiraf dunie,pelan kite 2 pling cntik di dunie tp ade org yg sekolahpn xhbs lg pertikaikan kate pelan kite kolot,xsesuai untuk zaman ni...agk2 kite mrh x org kutuk cptaan kite?????

Allah cipte 1 hukum kite kte xsesuai dilksnekn skrg ni,kolot...agk2 Allah mrh x kite kutuk cptaan die????

klu kite xbt n xsokong hudud tkt kite trgolong2 org yg zalim,kafir n fasik..jelas dinyatekn oleh Allah

1. “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” (al-Maidah, 5:47)

2. “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (al-Maidah, 5:45)


3. “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.” (al-Maidah, 5:44)